Jualan Masih Diteruskan... :)

Salam... Terlalu lama Nea x update blog ni. Sepanjang ramadhan, alhamdulillah order Barley Peanut Candy amat menggalakkan. Terima kasih ye pd semua pengedar dan pembeli... Syawal yg berlalu pun tempahan masih Nea terima. Ada yg beranggapan Nea jual hanya utk musim perayaan shj. Sebenarnya, jualan masih seperti biasa. HARGA? Pun masih lagi seperti musim perayaan. Kalau ada perubahan, Nea akan maklumkan. Setakat ari ni masih sama tau. Lokasi penghantaran percuma pun masih sama dan kemungkinan besar ada lokasi tambahan.

Nea juga menerima tempahan bg yg ingin menjadikannya buah tangan bg majlis keraian.... Jgn lupa hubungi Nea untuk tempahan dan sebarang kemusykilan....

Barley Peanut Candy - Promosi Raya dan Tambahan Lokasi Penghantaran Percuma


Salam Semua.... dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Entri kali ni Nea nak inform 2 perkara : :)

Perkara 1

Kami menjual Barley Peanut Candy @ Kacang Tumbuk dengan hanya RM24/kg (min 2kg je tau).@ RM23/kg (bagi pembelian 10kg ke atas) dan tidak termasuk kos penghantaran. Kalau beli lagi banyak, kami tawarkan harga lebih berbaloi. Hubungi Nea utk mengetahui info harga dan promosi terkini ya...

Perkara 2

Untuk makluman, bagi memastikan perkhidmatan yang kami berikan sentiasa terbaik pihak kami telah menambah lagi lokasi penghantaran percuma. Penghantaran PERCUMA seperti berikut :

i. Gombak

ii. Shah Alam

iii. Klang

iv. Puncak Alam (** Lokasi baru !)

v. sebahagian besar kawasan di Kuala Lumpur.

Menarik bukan? Lagi 1, kalau Nea ada ke kawasan selain dari yg dinyatakan @ lokasi berhampiran dgn lokasi di atas, penghantaran adalah percuma. Insyaallah.... Jangan tunggu lama2 SEMENTARA TEMPOH PROMOSI!

sila hubungi Nea (019-2590071 atau email ke ciknea@yahoo.com.my )

p/s : Anda boleh mendapat harga serendah RM20/kg jika pembelian banyak. Hubungi kami utk info lanjut.

PROMOSI SEMPENA LEBARAN..... BARLEY PEANUT CANDY...


Salam semua... Sempena hari raya yang bakal tiba ni Nea nak buat promosi raya. Bagi yang berminat utk menjual (bagi tambah pendapatan) @ menjadikannya sebagai juadah hari raya, harga yang lebih rendah ditawarkan. Selain tu boleh dijadikan buah tangan pd sanak-saudara n kenalan... Jom tengok harga kat bawah :-


Hanya RM24/kg (min 2kg je tau).

@ RM23/kg (bagi pembelian 10kg ke atas)


p/s : Nak tau harga yg lebih menarik? Email Nea ye.... Kalau beli lagi banyak, harga boleh dirunding. Best Price!


Untuk makluman juga, bagi memastikan perkhidmatan yang kami berikan sentiasa terbaik pihak kami telah menambah lokasi penghantaran percuma. Penghantaran PERCUMA di Gombak, Shah Alam, Klang dan sebahagian besar kawasan di Kuala Lumpur. Menarik kan?

Kalau Nea ada ke kawasan selain dari yg dinyatakan, penghantaran adalah percuma. Insyaallah.... Jangan tunggu lama2 SEMENTARA TEMPOH PROMOSI!

p/s : Pihak kami akan memastikan produk yang dihantar adalah produk yang terbaru.

Barley Peanut Candy @ Kacang Tumbuk

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam ..... Harapnya semua berjalan dengan lancar. Maaf lama x update blog. Menjelang Aidilfitri ni, Nea mengajak semua utk menambah pendapatan dengan menjual Barley Peanut Candy @ Kacang Tumbuk. Didatangkan dlm bungkusan2 kecil bagi memastikan ianya senang disimpan dan tidak bersepah.
Sesuai juga dijadikan buah tangan utk saudara-mara, kenalan dan etc. Insyaallah ianya sedap.
Bagi yang berminat sila email pada Nea untuk mengetahui harga yang ditawarkan (harga asal di post terdahulu). Untuk makluman juga, bagi memastikan perkhidmatan yang kami berikan sentiasa terbaik pihak kami telah menambah lokasi penghantaran percuma. Penghantaran PERCUMA di Gombak, Shah Alam, Klang dan sebahagian besar kawasan di Kuala Lumpur. Menarik kan?
Jangan tunggu lama2.
p/s : Pihak kami akan memastikan produk yang dihantar adalah produk yang terbaru.

Kacang Oh Kacang!


Pada semua, Nea nak ajak berniaga. Nea sedang cari pengedar untuk pasarkan Barley Peanut Candy @ Kacang Tumbuk. Kepada yang berminat boleh la contact Nea ye. Kacang ni memang sedap. Kat bawah Nea bagi ckit info pasal kacang ni ye.....
Nama produk : Barley Peanut Candy @ Kacang Tumbuk
Harga 1 kg : RM25 /kg.
Minimum pembelian : 6 kg (tidak termasuk kos penghantaran)
Kaedah bayaran : C.O.D (cash on delivery)Penghantaran percuma : Sekitar Gombak dan Shah Alam• Sekiranya Nea ada ke kawasan selain daripada yg dinyatakan, maka penghantaran adalah percuma.

Nea juga akan jual dengan kuantiti sedikit iaitu RM30/kg. Itu bg yg nak buat makan sendiri la...Harga masih boleh dirunding sekiranya kuantiti pembelian adalah tinggi...

CikNea Di Facebook...

Salam semua. Semoga sihat selalu hendaknya. Kat sini Nea nak inform yg Nea dah ada akaun facebook untuk biz ni. So, pada semua yg nak berinteraksi dan update cerita terbaru boleh lah add Nea. Just cari CIK NEA sahaja.... Tak pun masukkan email ciknea@yahoo.com.my ye. Mana tau kita boleh tambah networking. Jangan lupa ye.... :)

Kacang Tumbuk Telah Sampai Ke Perak....

Alhamdulillah semalam Nea dapat penuhi permintaan satu customer dari Perak ni. Walaupun pada asalnya Barley Peanut Candy ni akan dihantar dgn khidmat courier, tapi disebabkan hujung minggu (katanya minggu pertama, so perkhidmatan courier ni bercuti) penghantaran dibuat dengan menggunakan bas ekspress. Berdebar-debar la jgk sebab ini pengalaman pertama Nea guna perkhidmatan ni. Tunggu punya tunggu, hampir pukul 9.30 mlm Nea dapat sms dari customer tu yg inform barang dah sampai... Rasa happy sangat dapat penuhi permintaannya yang nak jamu sedara yang bertandang hujung minggu ni. Kepada Ju n family, terima kasih di atas pembelian tersebut. Insyaallah harapnya kita akan terus berurusan..... Dan kepada yang nak tambah pendapatan jom la jual kacang ni....

Lamanya Tak Update...

Salam pada semua. Lama betul rasanya tak update blog ni. Bukan bermaksud tak jengah langsung..... Bisnes masih berjalan macam biasa. Order yang diterima pun alhamdulillah. Rezeki Allah s.w.t. Hari ni Nea nak kongsi sikit cerita beberapa minggu lepas yang Nea alami. Pertamanya Nea tak berapa sihat.... (dugaan tu!). Keduanya, kerja agak banyak yang perlu Nea diselesaikan. Pastu pulak sibuk dengan wedding invitation sedara-mara yang tak putus-putus. Fuh.... Penat rasanya.
Kat sini Nea nak ajak semua ambil peluang untuk berniaga sama dengan Nea. Lagi2 nak hari raya ni. Insyaallah harga yang Nea offer amat murah (sila refer pada entry terdahulu). Jom la tambah pendapatan.
Lagi satu Nea nak tanya sesiapa yang ada contact orang yang jual jeruk bagi tau Nea ye... Kawan2 suruh dapatkan. Ok la, setakat ni entry Nea kali ni. Pape jgn lupa bagi tau dan sekali lagi jom la berniaga Barley Peanut Candy bersama Nea.

Jom La Jadi Pengedar....

Salam semua.... Ada sesiapa yang berminat nak jadi pengedar ? Pada masa ni Nea banyak jual secara offline. Alhamdulillah..... sambutan menggalakkan. Ni produk makanan jadi nak pasarkan x jadi masalah.... Kalau ada yang berminat (maklumlah x lama lagi nak raya kan?) sila hubungi Nea ye. Nea pun tgh cari agen pengedar di seluruh Malaysia.
p/s : seorang yang baru belajar nak berniaga secara online

Akhirnya.... Barley Peanut Candy....




Terlebih dahulu Nea minta maaf byk2 sebab tak upload gambar yang dijanjikan. X sihat la... Macam yg Nea ckp, Nea dah ada produk yg nak diniagakan. Nea harap Nea dapat cari pengedar di seluruh Malaysia. Kepada yang berminat, boleh la contact Nea ye.
Kat sini Nea bg sedikit info...

Nama produk : Barley Peanut Candy
Harga 1 kg : RM25 /kg
Minimum pembelian : 6 kg (tidak termasuk kos penghantaran)
Kaedah bayaran : C.O.D (cash on delivery)
Penghantaran percuma : Sekitar Gombak dan Shah Alam
• Sekiranya Nea ada ke kawasan selain daripada yg dinyatakan, maka penghantaran adalah percuma.

Nea juga akan jual dengan kuantiti sedikit iaitu RM30/kg. Itu bg yg nak buat makan sendiri la...
Harga masih boleh dirunding sekiranya kuantiti pembelian adalah tinggi...

Sebarang pertanyaan sila email ke ciknea@yahoo.com.my........

Nantikan Kemunculannya..... Hehehehe!

Salam semua... rasanya dah seminggu Nea tak update blog ni. Nea ada keje dan x brape sihat. So, Nea byk berehat. Ingat x post Nea yang terdahulu? Ala.... yg Nea ada kata Nea rasa dah jumpa produk yg nak niagakan. Insyaallah esok Nea akan upload gambar dan infonya ye. Dengan produk ni Nea hrp Nea akan dapat tambah pendapatan dan membantu rakan-rakan yg lain untuk tambah income. Nea hrp boleh berikan perkhidmatan yg terbaik kepada semua. Kepada yang nak tambah pendapatan boleh la contact Nea ye... Insyaallah jika diizinkan tuhan kita sambung esok ye!
p/s : Sentiasa jaga diri dan kesihatan tau

Nak Cari Pengedar Ke?

Seperti yang Nea bagitau sebelum ni.... ada tak sesiapa yang sedang cari pengedar untuk memasarkan produk yang dihasilkan? Kalau ada boleh la bagitau Nea. Mana tau ada rezeki Nea boleh tolong pasarkan. Kalau tak pun member2 blogger yang lain pun berpeluang jugak untuk tambah pendapatan. Betul tak? Kalau ada bagitau ye....

Bukan Mudah Rupanya....

Macam entry sebelum ni Nea ada bagi tau yg Nea akan post item2 yang nak diniagakan. Rupa-rupanya bukan mudah kita nak mula berniaga part-time secara serius ni. Berniaga part-time secara serius? Ye la... sekarang ni Nea sedang bekerja dan berniaga ni part of menjana pendapatan. Insyaallah... mana la tau berniaga ni akan jadi sumber income Nea yg utama. Untuk makluman, minat Nea lebih kepada produk yang berasas makanan (mungkin itu one of Nea punya favourite kot... Hehehe!!!). Lagi satu sesiapa yang ada produk yang nak dipasarkan boleh la bagitau Nea ye. Mana lah tau kita boleh jadi networking.... Info bleh hantar kat ciknea@yahoo.com.my... Sehingga berjumpa lagi. Take care semua ye.

Masa vs Ruang vs Peluang...

Salam pada semua... Dah beberapa hari ni Nea tak jenguk dan update blog ni. Mungkin faktor Masa vs Ruang vs Peluang yang menjadi penyebabnya. Huhuhu... Dah mula pandai rindu nak blogging ni. Nea dah dapat beberapa produk yang boleh Nea niagakan di blog ni untuk tambah pendapatan. Insyaallah.... dalam masa terdekat ni, Nea akan maklum pada semua ye.

Masih Belajar...

Ni post yang kedua selepas beberapa hari tak update. Bukan xnak, tapi sibuk dengan kerja dan tugasan seharian. Lagipun Nea sedang mencari-cari ilmu dalam blogging ni. Selain tu sekarang ni tengah bz dealing dengan pembekal-pembekal barangan yang boleh diniagakan. Klu ikutkan, Nea lebih berminat dengan bisnes yang related dengan produk makanan. Tapi klu ada rezeki lain Nea tak tolak! Bak kata pepatah 'Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari'. Betul x? Berbalik kepada topik ni, rasanya tak salah klu setiap hari kita belajar sesuatu perkara yang baru kan? Nea pun harap dapat belajar banyak perkara daripada blogger2 semua. Bila dah mula kenal dunia blog ni, rasa diri ni macam kecik je... Hehehe. Insyaallah, Nea akan selalu update blog ni. Mana lah tau kot2 boleh dijadikan panduan dalam journey seorang blogger. Niat dalam hati.... nak mula dari bawah. From zero bak kata omputih! OK la... nanti Nea update lagi ye.

p/s : Jaga diri dan kesihatan...

Post Pertama Di Blog Pertama....

Salam Perkenalan.... Rasa teruja sangat sebab dapat post yang pertama kat blog yang pertama ! Insyaallah blog ni akan mengisi pelbagai info seperti isu semasa, fakta menarik, dan lain-lain lagi. Selain tu, blog ni akan menjalankan aktiviti bisnes dan tak lupa nak tambah networking (mengeratkan silaturrahim....). Bila dah ada blog ni, harapnya dapatlah tambah pengalaman dalam blogging ni. Dengan izin Allah.... So, sekali lagi Salam Perkenalan dari Nea.