Nantikan Kemunculannya..... Hehehehe!

Salam semua... rasanya dah seminggu Nea tak update blog ni. Nea ada keje dan x brape sihat. So, Nea byk berehat. Ingat x post Nea yang terdahulu? Ala.... yg Nea ada kata Nea rasa dah jumpa produk yg nak niagakan. Insyaallah esok Nea akan upload gambar dan infonya ye. Dengan produk ni Nea hrp Nea akan dapat tambah pendapatan dan membantu rakan-rakan yg lain untuk tambah income. Nea hrp boleh berikan perkhidmatan yg terbaik kepada semua. Kepada yang nak tambah pendapatan boleh la contact Nea ye... Insyaallah jika diizinkan tuhan kita sambung esok ye!
p/s : Sentiasa jaga diri dan kesihatan tau

Nak Cari Pengedar Ke?

Seperti yang Nea bagitau sebelum ni.... ada tak sesiapa yang sedang cari pengedar untuk memasarkan produk yang dihasilkan? Kalau ada boleh la bagitau Nea. Mana tau ada rezeki Nea boleh tolong pasarkan. Kalau tak pun member2 blogger yang lain pun berpeluang jugak untuk tambah pendapatan. Betul tak? Kalau ada bagitau ye....

Bukan Mudah Rupanya....

Macam entry sebelum ni Nea ada bagi tau yg Nea akan post item2 yang nak diniagakan. Rupa-rupanya bukan mudah kita nak mula berniaga part-time secara serius ni. Berniaga part-time secara serius? Ye la... sekarang ni Nea sedang bekerja dan berniaga ni part of menjana pendapatan. Insyaallah... mana la tau berniaga ni akan jadi sumber income Nea yg utama. Untuk makluman, minat Nea lebih kepada produk yang berasas makanan (mungkin itu one of Nea punya favourite kot... Hehehe!!!). Lagi satu sesiapa yang ada produk yang nak dipasarkan boleh la bagitau Nea ye. Mana lah tau kita boleh jadi networking.... Info bleh hantar kat ciknea@yahoo.com.my... Sehingga berjumpa lagi. Take care semua ye.

Masa vs Ruang vs Peluang...

Salam pada semua... Dah beberapa hari ni Nea tak jenguk dan update blog ni. Mungkin faktor Masa vs Ruang vs Peluang yang menjadi penyebabnya. Huhuhu... Dah mula pandai rindu nak blogging ni. Nea dah dapat beberapa produk yang boleh Nea niagakan di blog ni untuk tambah pendapatan. Insyaallah.... dalam masa terdekat ni, Nea akan maklum pada semua ye.

Masih Belajar...

Ni post yang kedua selepas beberapa hari tak update. Bukan xnak, tapi sibuk dengan kerja dan tugasan seharian. Lagipun Nea sedang mencari-cari ilmu dalam blogging ni. Selain tu sekarang ni tengah bz dealing dengan pembekal-pembekal barangan yang boleh diniagakan. Klu ikutkan, Nea lebih berminat dengan bisnes yang related dengan produk makanan. Tapi klu ada rezeki lain Nea tak tolak! Bak kata pepatah 'Rezeki Jangan Ditolak, Musuh Jangan Dicari'. Betul x? Berbalik kepada topik ni, rasanya tak salah klu setiap hari kita belajar sesuatu perkara yang baru kan? Nea pun harap dapat belajar banyak perkara daripada blogger2 semua. Bila dah mula kenal dunia blog ni, rasa diri ni macam kecik je... Hehehe. Insyaallah, Nea akan selalu update blog ni. Mana lah tau kot2 boleh dijadikan panduan dalam journey seorang blogger. Niat dalam hati.... nak mula dari bawah. From zero bak kata omputih! OK la... nanti Nea update lagi ye.

p/s : Jaga diri dan kesihatan...

Post Pertama Di Blog Pertama....

Salam Perkenalan.... Rasa teruja sangat sebab dapat post yang pertama kat blog yang pertama ! Insyaallah blog ni akan mengisi pelbagai info seperti isu semasa, fakta menarik, dan lain-lain lagi. Selain tu, blog ni akan menjalankan aktiviti bisnes dan tak lupa nak tambah networking (mengeratkan silaturrahim....). Bila dah ada blog ni, harapnya dapatlah tambah pengalaman dalam blogging ni. Dengan izin Allah.... So, sekali lagi Salam Perkenalan dari Nea.